Rasa tidak sedap hati nenek bawa kepada penemuan jasad cucu
KOTA TINGGI – Rasa tidak sedap hati seorang nenek selepas melihat buaian kosong akhirnya membawa kepada penemuan jasad cucunya yang berusia lima tahun di sungai berhampiran rumah mereka di Kampung Padang, Tanjung Sedili, di sini, pagi semalam.
Mahani Mad Som, 63, berkata, cucunya, Putri Nur Afiyah Qalesya Mustafa sebelum itu dilihat bermain sambil menikmati makanan ringan di buaian di hadapan rumah.

Menurutnya, dia mula berasa curiga apabila mendapati buaian itu kosong dan kelibat cucunya tidak lagi kelihatan.
āAwalnya dia duduk di depan rumah, dia makan jajan di buaian. Tengok-tengok nampak buaian kosong, buaian sudah tidak ada orang.
āKetika itu hati saya sudah rasa tidak sedap. Bila saya tanya bapa dia, dia kata tidak ada di depan,ā katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Mahani berkata, perasaan tidak tenteram itu mendorongnya bersama bapa mangsa mencari cucunya di sekitar kawasan rumah.
BACA JUGA:
Kanak-kanak maut dicampak bapa saudara ke sungai
Katanya, pencarian mereka kemudiannya membawa kepada penemuan selipar milik Putri Nur Afiyah di tepi sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka.
āMemang hati orang tua ini resah. Kita tidak nampak dia tetapi selipar budak itu ada di dalam air.
āBila kami duduk merenung dan tengok ke bawah air, rupa-rupanya nampak sesuatu. Cucu sudah tertiarap lemas dekat tepi sungai itu,ā katanya.
Penemuan itu kemudian membawa kepada usaha mendapatkan bantuan sebelum kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








