Jet Li dedah baru jalani pembedahan, kini sedang dalam fasa pemulihan
SINGAPURA – Bintang aksi terkenal China, Jet Li memberitahu peminatnya bahawa beliau sedang baharu saja menjalani pembedahan dan kini sedang menjalani pemulihan.
Dalam hantaran di aplikasi media sosial Douyin kelmarin, pelakon berusia 62 tahun itu turut berkongsi dua foto iaitu satu ketika beliau berada di atas katil hospital dan satu lagi di luar bilik pembedahan, lapor The Straits Times.
“Saya baru-baru ini berdepan satu lagi cabaran yang tidak dijangka,” katanya pada kapsyen gambar berkenaan.
Beliau turut memuat naik satu video pendek di Douyin yang memaparkan dirinya ditolak masuk ke bilik pembedahan oleh petugas perubatan sambil berseloroh dengan mengatakan, “Ada masalah pada perkakasan, jadi saya pergi ke kilang untuk dibaiki.”
Keesokan harinya, Jet Li memuat naik sekeping foto di Weibo yang menunjukkan dirinya sedang menikmati semangkuk mi hiris sambil menulis dalam bahasa Cina, “Saya sudah keluar dari ‘kilang’ dan sedang makan sesuatu yang enak.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas keprihatinan mereka serta mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat semua.
Rakan rapat Jet Li, penerbit filem Hong Kong, Tiffany Chen, memberitahu akhbar China Times di Taiwan bahawa pembedahan itu adalah bagi membuang satu ketumbuhan kecil.
Jet Li, yang menjadi warganegara Singapura sejak 2009, sebelum ini mendedahkan bahawa beliau menghidap hipertiroidisme, dan sehingga kini masih menguruskan keadaan itu dengan pengambilan ubat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








