BERITA SEMASA

Ustaz Kazim sudah keluar dari hospital, sedang berehat di rumah – Abang

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sudah dibenarkan keluar dari hospital dan sedang berehat di kediamannya.

Berita baik itu dikongsikan abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Apa yang boleh saya nyatakan di sini bahawa adik saya telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumahnya.

“Perkembangan positif ini amat mengembirakan kami ahli keluarga dan seluruh peminatnya. Kami berharap agar beliau beransur pulih,” katanya dalam hantaran tersebut.

Najmuddin bagaimanapun memaklumkan, adiknya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim itu masih memerlukan rawatan berterusan berikutan terdapat komplikasi kesihatan yang lain.

“Pihak hospital memberitahu rawatan susulan tetap akan dilakukan kepada beliau kerana terdapat implikasi jantung yang lain,” katanya lagi.

Najmuddin turut memberitahu, Ustaz Kazim masih belum boleh diziarahi buat masa ini bagi membolehkan proses pemulihan berjalan lancar.

“Buat masa sekarang hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan menziarahi,” kongsinya.

Sementara itu, Najmuddin turut menzahirkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan doktor serta kakitangan Hospital Pakar KPJ Ipoh, selain seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan adiknya itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Ustaz Kazim dimasukkan ke ICU di sebuah hospital untuk menerima rawatan memasang belon pada saluran darah beberapa hari yang lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button