BERITA SEMASA
MB Perlis dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada
KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara sekembalinya daripada urusan luar negara, hari ini.
Laporan Kosmo yang memetik Setiausaha Akhbarnya, Mohamad Azreen Jumri sebagai berkata, Mohd. Shukri pada awalnya mengadu sakit pada bahagian dada sebelum dihantar untuk pemeriksaan lanjut.
“Setakat ini, keadaan beliau stabil dan mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi Allah daripada sebarang musibah,” katanya ringkas.
Difahamkan, Mohd. Shukri baru pulang ke tanahair setelah menghadiri Karnival Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai, China dalam inisiatif menarik pelaburan dan memperkukuh daya saing perusahaan tempatan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








