BERITA SEMASAGAYA HIDUP

Dermalene Skin Centre perkenal rawatan kecantikan ‘non-invasive’ untuk kulit sihat tanpa pembedahan

KUALA LUMPUR – Dermalene Skin Centre (Dermalene) tampil dengan pendekatan baharu dalam penjagaan kulit melalui rawatan kecantikan dan kesihatan kulit tanpa invasif (non-invasive).

Pengasas Dermalene Sdn. Bhd., Dr. Alina Hasni, rawatan tersebut merujuk kepada prosedur atau teknik perubatan dan estetik yang tidak memerlukan pembedahan, suntikan, atau penetrasi kulit secara langsung.

Jelas beliau, ia direka untuk memperbaiki kesihatan dan penampilan kulit dengan risiko yang lebih rendah, tanpa kesakitan yang ketara serta tiada masa pemulihan yang panjang.

Pengasas Dermalene Sdn. Bhd., Dr. Alina Hasni.

“Pusat rawatan ini menyediakan 19 jenis rawatan, yang disesuaikan mengikut kategori masalah kulit seperti jerawat, penuaan, dan hiperpigmentasi.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan rawatan yang selesa dan berkesan kepada pelanggan, tanpa mereka perlu menghadapi kesakitan atau risiko kesan sampingan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Terdahulu, Dermalene turut meraikan pembukaan cawangan ke-10 dengan Kempen Jualan Akhir Tahun dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik.

Sempena pelancaran ‘December to Remember’, nikmati tawaran eksklusif apabila anda mendapatkan minimum dua pakej rawatan istimewa dan berpeluang menerima tudung elegan dari jenama terkenal, Sugar Scarf.

Dr. Alina menambah, berdasarkan kajian, pihaknya menjangkakan ramai akan beralih daripada pembedahan plastik ke rawatan ‘non-invasive’.

“Sebagai contoh, ramai yang sebelum ini memilih rawatan invasif seperti botoks dan filler untuk memperbaiki penampilan mereka, namun kini semakin ramai yang mencari alternatif yang lebih selamat, kurang menyakitkan, dan dengan risiko yang lebih rendah.

“Kami juga tidak mengamalkan rawatan berasaskan suntikan dengan rawatan yang dijalankan di Dermalene mengekalkan integriti kulit bagi memastikan ‘skin barrier’ dilindungi dan sihat.

“Kami mahu pesakit menua dengan semula jadi tanpa toksin,” kongsinya sambil menambah Hydrafacial merupakan antara rawatan yang paling mendapat sambutan di Dermalene.

Mengulas lanjut, Dr Alina berkata, walaupun tempoh pemulihan selepas rawatan mengambil masa, namun ia lebih selamat untuk kulit.

“Kita harus memilih bagaimana untuk memperbaiki atau merawat kulit supaya ia menjadi lebih sihat dan berkembang dengan baik seiring dengan masa. Selepas 10 tahun, kita tak boleh ubah apa yang pernah dibuat kepada wajah,” jelasnya.

Sebagai rekod, Dermalene juga mempunyai rangkaian spa kulit dan klinik rawatan kulit yang beroperasi di pelbagai lokasi, termasuk Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur, Ampang, Kota Bharu, dan Johor Bahru.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button