BISNES & EKONOMI

OGAWA bawa kerusi urut ke era AI, biohacking untuk pemulihan lebih pintar

KUALA LUMPUR – Jenama kerusi urut dan teknologi kesihatan terkemuka Asia, OGAWA memperkenalkan pendekatan baharu menerusi gabungan teknologi kecerdasan buatan (AI), graphene dan konsep biohacking menerusi produk terbaharunya, OGAWA Maestro Powered by Overseer.

Pengurus Besar OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong berkata, pemulihan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada prestasi, terutama ketika pengguna berdepan waktu bekerja lebih panjang, tahap tekanan lebih tinggi serta rutin senaman yang semakin mencabar.

“Pemulihan adalah sebahagian daripada prestasi. Jika kita mahu mencapai prestasi lebih baik esok, kita perlu mendapatkan pemulihan yang lebih baik hari ini,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran produk terbaharu OGAWA, Maestro Powered by Overseer.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang.

Mengulas lanjut, Boon Hong berkata, biohacking membolehkan individu memainkan peranan lebih aktif dalam memahami tubuh badan serta mengurus kesihatan diri, berbanding hanya mendapatkan pemulihan apabila berasa terlalu letih.

“Lebih 3 dekad, tumpuan kami sentiasa kepada kesihatan. Kami bermula dengan tujuan mudah, iaitu memberikan kesihatan kepada semua orang, di mana sahaja. Namun, cara orang melihat kehidupan sihat kini berubah. Hari ini, pengguna semakin proaktif.

“Mereka bukan sahaja mahu berehat apabila berasa penat malah mereka mahu memahami tubuh badan, mengoptimumkan pemulihan serta mengekalkan kesihatan yang lebih baik. Kami melihat biohacking sebagai evolusi seterusnya dalam bidang kesihatan,” katanya.

Biohacking sebelum ini banyak dikaitkan dengan atlet elit dan peminat teknologi, namun konsep itu kini mendapat perhatian lebih meluas apabila pengguna mencari kaedah praktikal untuk meningkatkan kualiti tidur, mengurus tekanan, memulihkan badan selepas aktiviti fizikal serta mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.

Berbeza dengan kerusi urut konvensional yang bergantung terutamanya kepada program dan tahap intensiti yang telah ditetapkan, Maestro Powered by Overseer direka untuk memberikan pengalaman lebih peribadi berdasarkan keadaan fizikal dan keperluan pemulihan pengguna.

“Secara tradisinya, orang melihat kerusi urut sebagai produk untuk istirahat. Kami mahu membawa idea itu lebih jauh. Menerusi Maestro, kami menggabungkan teknologi urutan termaju dengan teknologi graphene dan teknologi AI Overseer untuk menghasilkan pengalaman pemulihan yang lebih pintar dan lebih maju,” katanya.

AI Overseer membantu memberikan pengalaman urutan yang lebih diperibadikan, manakala teknologi graphene menghasilkan sinaran inframerah jauh (FIR) untuk menyokong proses pemulihan.

Teknologi itu bertujuan menyokong aspek termasuk pemulihan otot, peredaran darah serta proses regenerasi semula jadi tubuh apabila digabungkan dengan fungsi urutan kerusi berkenaan.

Secara ringkas, biohacking bagi OGAWA ialah penggunaan sains, teknologi dan pemahaman terhadap tubuh badan untuk mengoptimumkan proses pemulihan, yang dirumuskan menerusi empat pendekatan iaitu ukur, optimumkan, pulih dan berprestasi.

Pendekatan itu bukan hanya untuk atlet, sebaliknya turut menyasarkan golongan profesional, pengguna yang aktif serta individu yang mencari kaedah untuk mengurus tuntutan fizikal kehidupan moden dengan lebih baik.

ogawa
OGAWA Malaysia menawarkan kempen Spend & Win bernilai RM300,000 sempena ulang tahun ke-30 syarikat itu, berlangsung dari 6 Julai hingga 4 Oktober 2026.

Dalam pada itu, OGAWA Malaysia turut menjalankan kempen Spend & Win bernilai RM300,000 dari 6 Julai hingga 4 Oktober ini sempena ulang tahun ke-30 syarikat itu.

Kempen berkenaan memberikan peluang kepada pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit untuk memenangi hadiah termasuk unit iPhone 17 dan televisyen Samsung.

Pelanggan yang layak boleh menyertai kempen dengan mengimbas kod QR kempen dan melengkapkan borang penyertaan.

Program ulang tahun itu turut menampilkan sesi Temu Mesra bersama Nicol David dan Azizulhasni Awang pada 20 Ogos 2026 di pusat beli-belah 1 Utama, selain pemeriksaan kesihatan, permainan serta pengalaman biohacking.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button