A. Aida dipindahkan ke wad biasa – Anak
KUALA LUMPUR – Penerbit, Datuk A Aida hari ini dipindahkan ke wad biasa selepas empat hari ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital akibat komplikasi selepas pembedahan lutut.
Berita itu dikongsikan anak keduanya, Azeva Natassha menerusi Instagram Story (IGs), petang tadi lapor BH Online.
“Assalamualaikum, alhamdulillah mama akhirnya dibenarkan masuk ke wad biasa. Terima kasih atas segala sokongan dan doa daripada semua,” katanya dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, dilaporkan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi di sebuah hospital swasta, Khamis lalu.
Bekas suaminya, penyanyi kumpulan Spring, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, turut berkongsi detik cemas apabila menerima panggilan telefon daripada anak sulung mereka, Wan Az Aleesa, yang panik melihat keadaan ibunya.
Lebih mendebarkan apabila Ameng memaklumkan, jantung A Aida terhenti sebanyak lapan kali sehingga doktor meminta ahli keluarga membacakan surah Yasin di sisinya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








