BERITA SEMASA

Jenazah Zara Qairina dikebumi semula selepas bedah siasat

SIPITANG – Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, di sini, awal pagi tadi.

Pengebumian semula yang berlangsung pada pukul 1.15 pagi itu mengambil masa kira-kira 30 minit selepas prosedur bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE), Kota Kinabalu.

Bedah siasat bermula pada pukul 11 pagi semalam dan berakhir pada pukul 7.30 malam, sebelum jenazah dibawa keluar dari HQE pada pukul 9.20 malam.

Kenderaan yang membawa jenazah tiba di Sipitang pada pukul 12.41 tengah malam.

Walaupun hujan, keluarga, kenalan dan orang ramai tetap memenuhi kawasan perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir sehingga proses pengebumian selesai.

Terdahulu, Sabtu lalu, kubur Zara Qairina digali semula bermula pada pukul 6.04 petang dan selesai pada pukul 7.31 malam, mengambil masa lebih sejam.

Zara Qairina dilaporkan meninggal dunia pada 16 Julai lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya.

Allahyarham sebelum itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang pada pukul 4 pagi sebelum dibawa menerima rawatan dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button