Inkues Zara Qairina: Pemeriksa dokumen Jabatan Kimia jadi saksi kedua
KOTA KINABALU – Inkues kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang berlangsung di Mahkamah Koroner, di sini hari ini memanggil pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh sebagai saksi kedua.
Saksi berusia 44 tahun itu merupakan pemeriksa dokumen yang membuat perbandingan tulisan tangan dalam dokumen berkaitan kes Zara Qairina yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk diperiksa.
Prosiding yang memasuki minggu kedua bermula pukul 9.20 tadi di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan.
Prosiding turut dihadiri pasukan peguam sebagai pihak berkepentingan dalam kes ini iaitu ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat yang diwakili Shahlan Jufri dan Rizwandean M. Borhan, selain Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Hadir sama sebagai pihak berkepentingan ialah peguam yang mewakili bapa arwah Zara Qairina, Mahathir Hashim @ Marikin, 44, iaitu Sherzali Asli bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.
Seorang daripada tertuduh kanak-kanak pula diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Joan Goh, manakala empat lagi tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah.
Inkues sepanjang bulan ini dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad bersama Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali iaitu Dana Arabi Wazani, Mohd Fairuz Johari dan Dena Dacia Jane.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








