BERITA SEMASAPMX

Jangan jadikan kematian Zara Qairina modal politik – PM

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar semua pihak tidak sesekali mengeksploitasi kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kes buli sebagai modal politik.

Perdana Menteri menegaskan, menjadikan tragedi itu sebagai bahan untuk menipu atau menghasut adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

“Soal media sosial ini, kita kawal (tapi) ada terbatasnya. Umpamanya yang terbaru, seseorang yang kata dia itu doktor patologis bagi gambaran dan ini meracuni pemikiran jutaan orang sehingga ada rakan, isteri, sahabat bertanya PM (Perdana Menteri) apa ini?

“Orang itu (Zara) dah terkorban, kemudian kita jadikan ini sebagai satu senjata politik untuk menikam orang lain. Kalau benar tak apa, mana boleh kita mainkan seolah kematian orang itu (untuk) menipu dan menghasut sebegitu rupa,” katanya.

Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Kes kematian Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu selepas dipercayai terjatuh dari bangunan tingkat tiga sebuah sekolah di Papar menjadi perhatian umum apabila dikaitkan dengan pelbagai spekulasi.

Kes turut mendapat perhatian Perdana Menteri yang menegaskan kerajaan memandang serius isu buli pelajar dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terbabit.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button