BERITA SEMASAPMX

Hubungan Malaysia-China diperkukuh, fokus keselamatan masa hadapan

PUTRAJAYA – Malaysia dan China tekad memperkasa hubungan diplomatik serta kerjasama keselamatan dalam mendepani cabaran masa hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komitmen itu dizahirkan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri Chen Yixin yang berkunjung ke Malaysia sebagai lawatan pertama beliau ke negara sahabat, tahun ini.

Beliau menegaskan, sebagai rakan akrab kepada Malaysia, kehadiran tokoh kepimpinan tinggi dari Kerajaan China itu merupakan suatu ehwal yang sangat dihargai oleh beliau dan seluruh jentera kerajaan.

“Perbincangan kami terarah kepada perihal hubungan bilateral dari sisi kerjasama keselamatan dua negara, selain situasi geo-politik semasa dunia yang menuntut kerjasama erat dua negara sahabat dalam memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini terus utuh,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, kemajuan yang dicapai bersama oleh kedua-dua negara dalam pelbagai aspek diharap akan terus menjadi dorongan untuk memacu hubungan akrab antara Malaysia dan China.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button