BERITA SEMASA

Anwar bakal terima ijazah kehormat di Moscow sebelum lawat Tatarsta

MOSCOW – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menerima ijazah kedoktoran kehormat daripada Institute of International Relations (MGIMO) ketika menghadiri syarahan umum di institusi diplomatik terkemuka Rusia itu, hari ini.

Penganugerahan itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan Anwar serta sumbangan beliau di peringkat antarabangsa.

Acara berkenaan menandakan penutup kepada lawatan rasmi beliau di ibu negara Russia sebelum meneruskan perjalanan ke republik Tatarstan.

Anwar dijadual berlepas ke Kazan, wilayah majoriti penduduk beragama Islam bagi menghadiri siri mesyuarat peringkat tinggi dan sesi diplomasi ekonomi halal.

Di Kazan, Perdana Menteri dijadual bertemu Rais (ketua) Tatarstan, Rustam Minnikhanov di Kazan Kremlin dengan perbincangan difokuskan kepada kerjasama dalam pensijilan halal, agroteknologi, kewangan Islam dan pendidikan.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah lima menteri kanan termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button