PM terima kunjungan hormat persaraan Panglima ATM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaafar di pejabatnya, di sini, semalam.
Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd Nizam atas jasa bakti beliau sepanjang perkhidmatan bersama ATM.
“Terima kasih atas jasa bakti, kepimpinan serta pengabdian yang tidak berbelah bahagi sepanjang perkhidmatan bersama ATM demi kedaulatan dan keselamatan negara,” katanya menerusi hantaran itu.
Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Mohd Nizam akan bersara pada umur 60 tahun mengikut tarikh persaraan wajib seperti biasa, tahun hadapan.
Beliau turut mengesahkan persaraan Mohd Nizam tiada kaitan dengan siasatan Op Sohor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mohd Nizam dijadualkan mula bercuti pada 1 Januari 2026 sebelum bersara wajib pada Ogos.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








