PMX

PM rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 hari ini.

“Mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan harapan agar hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button