Puad Zarkashi ucap tahniah kemenangan besar BN, hanya Allah tahu hala tuju politik selepas Ini
JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan menyifatkan keputusan itu sebagai manifestasi pilihan Bangsa Johor yang mahukan kesinambungan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi.
Beliau berkata, kemenangan tersebut membuktikan rakyat Johor memilih untuk mengekalkan kestabilan pentadbiran negeri demi memastikan agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dapat diteruskan.
“Tahniah kepada BN atas kemenangan besar mereka di PRN Johor 2026. Ternyata kemenangan itu menjadi bukti Bangsa Johor mahu meneruskan kestabilan sedia ada demi kejayaan ekonomi yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor atas kejayaan mengetuai BN dalam pilihan raya tersebut.
Selain itu, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada dua rakan beliau yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Senggarang dan di Rengit.
“Saya doakan mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang demi kepentingan rakyat dan negeri Johor,” katanya.
Mengulas penglibatannya sepanjang kempen PRN, beliau menjelaskan hanya membantu kempen dua calon Pakatan Harapan (PH) atas kapasiti peribadi.
Mengulas mengenai hala tuju politiknya selepas ini, beliau hanya memberikan jawapan ringkas bahawa segala-galanya terserah kepada ketentuan Allah.
“Hanya Allah yang tahu. Selebihnya, ‘business as usual’,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















