Inkues Zara Qairina: Mesin basuh kegunaan rumah tidak mampu tampung beban 53kg
KOTA KINABALU – Sebuah mesin basuh yang biasa digunakan digunakan di rumah tidak akan berfungsi dengan beban muatan seberat 53 kilogram (kg).
Perkara itu dimaklumkan pakar patalogi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu ketika memberi keterangan pada hari kedua inkues bagi mencari punca kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairini Mahathir di Mahkamah Koroner, di sini hari ini.
“Saya ada melihat mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian. Ia adalah mesin basuh kegunaan rumah dan bukannya mesih basuh industri. Saya tidak memeriksa saiz drum mesin basuh tetapi dimaklumkan bahawa berat si mati (Zara Qairina) adalah lebih kurang 53kg.
“Saya tidak pasti sama ada seseorang seberat 53kg boleh dimuatkan ke dalam mesin basuh itu tetapi saya tidak fikir mesin basuh itu akan boleh berfungsi dengan beban berat sedemikian,” katanya.
Pada prosiding hari ini juga, Dr Hiu turut membuat demonstrasi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bagaimana remaja itu boleh jatuh.
Pelbagai spekulasi muncul sejak kisah kematian Zara Qairina tular termasuk kononnya remaja itu menemui ajal selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















