BERITA SEMASASUKAN

Sukan Komanwel 2026: Aniq hadirkan pingat emas pertama negara

CYBERJAYA – Atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan berjaya menghadirkan pingat emas pertama negara pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila muncul juara acara kategori 60 kilogram (kg), sebentar tadi.

Kemenangan itu lebih membanggakan apabila Mohamad Aniq turut berjaya memecahkan dua rekod temasya menerusi disiplin clean and jerk serta jumlah angkatan keseluruhan apabila mengumpul 273kg hasil angkatan 121kg dalam snatch dan 152kg dalam clean and jerk.

Pingat perak menjadi milik atlet dari India, Rishikanta Singh dengan jumlah angkatan keseluruhan 264kg manakala wakil Kenya, Joshua Amunga Mboya membawa pulang gangsa, 260kg.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button