Inkues Zara Qairina: Sebaran gambar barang kes boleh dianggap hina mahkamah
KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner kesal dengan tindakan pihak yang menularkan gambar barang kes dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di media sosial.
Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini mengingatkan pihak yang mempunyai akses terhadap barang kes supaya memastikan ia tidak dikongsikan kepada pihak yang tidak berkenaan.
“Pihak yang memiliki barang kes tidak sewenang-wenangnya berkongsi dan setiap pihak bertanggungjawab terhadap barang kes di mahkamah.
“Selagi prosiding inkues masih berjalan, mereka yang berbuat demikian boleh dianggap menghina mahkamah,”” katanya sebelum prosiding berhenti rehat tengah hari tadi.
Amir Shah memberi amaran itu selepas menerima aduan mengenai gambar barang kes yang disebar di sebuah akaun Facebook, hari ini.
Hantaran itu dipercayai menyebarkan gambar lembaran kertas yang didakwa mengandungi tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







