BERITA SEMASA

Jalan Temiang ditukar nama kepada Jalan Dr Chen Man Hin

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menukar nama Jalan Temiang di sini kepada Jalan Dr Chen Man Hin sebagai tanda penghormatan kepada jasa bekas Pengasas DAP itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah baik mengabadikan jasa tokoh tersebut.

“Jadi, sumbangan beliau sudah tentu besar dan kita hargai sumbangan beliau.

“Dan dengan menamakan jalan ini, adalah satu pengiktirafan besar kepada perjuangan dan sumbangan beliau. Jadi, saya sekali lagi ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri,” katanya memetik laporan RTM.

Terdahulu Loke merasmikan Majlis Pelancaran Nama Baharu Bagi Jalan Temiang Kepada Jalan Dr Chen Man Hin di sini.

Mendiang Dr Chen dikenali sebagai seorang yang berdedikasi dalam perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Seremban dan telah memegang jawatan tersebut selama lima penggal.

Jalan yang ditukar nama itu meliputi jarak sepanjang 3.3 kilometer dan merupakan laluan utama penduduk setempat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button