BERITA SEMASAPMX

Kisah Nabi Yusuf pedoman urus sumber, bina daya tahan ekonomi – Anwar

PUTRAJAYA – Kisah Nabi Yusuf AS wajar dijadikan pedoman dalam merangka dasar dan melaksanakan Belanjawan MADANI 2027, khususnya berkaitan kebijaksanaan mengurus sumber serta membina daya tahan ekonomi ketika berdepan krisis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kisah berkenaan bukan sekadar mengajar tentang kesabaran dan keteguhan iman, malah membawa iktibar besar dalam aspek kepimpinan serta pentadbiran negara.

Beliau berkata, pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf AS termasuk kebijaksanaan merancang bekalan makanan dan mengurus sumber ketika berdepan kemarau.

“Pengajaran ini wajar dijadikan pedoman dalam merangka dasar dan melaksanakan Belanjawan MADANI 2027, dengan kecekapan tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan kemaslahatan ummah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi kenyataan selepas menghadiri Majlis Ilmu MADANI yang mengangkat penghayatan Tafsir Surah Yusuf menerusi syarahan ulama tersohor dari Turkiye, Syeikh Prof Dr Muhammad Fadhil al-Jilani al-Hasani di Seri Perdana, malam tadi.

Pada masa sama, Anwar turut mengenang jasa dan bimbingan ulama berkenaan yang memberikan kekuatan kepadanya ketika melalui tempoh sukar dahulu.

“Moga kita terus mengambil iktibar daripada kisah para anbiya, memperkukuh amanah dalam kepimpinan dan menjadikan setiap ikhtiar demi kesejahteraan rakyat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button