Anwar tepis cubaan kaitkan dirinya dengan Epstein
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menepis cubaan mengaitkan beliau dengan pembiaya dan pesalah sex dari Amerika Syarikat (AS), mendiang Jeffrey Eipstein.
“Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam emel melibatkan kes Epstein.
“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam emel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas email tu, terutama Epstein.
“Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru,” kongsi Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Anwar turut menyertakan tanda pagar ‘Done Explain’ (selesai menjelaskan) dalam hantaran berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial keratan emel bertarikh 21 Februari 2012 kepada Epstein dengan nama penghantar dihitamkan mencadangkan untuk berjumpa dengan Anwar.
Emel tersebut merupakan sebahagian daripada 3.5 juta muka surat fail yang didedahkan kepada umum menerusi Akta Transparensi Fail Epstein di AS.
Mendiang Jeffrey Epstein merupakan seorang ahli kewangan Amerika yang kaya dan berpengaruh namun didakwa terlibat dalam jenayah pemerdagangan seks yang melibatkan gadis bawah umur.
Dia turut didakwa menggunakan kekayaan dan hubungannya dengan individu berprofil tinggi untuk memanipulasi dan mengeksploitasi mangsa.
Pada tahun 2019, Epstein ditahan dan ketika menunggu perbicaraan, mendiang ditemukan mati dalam sel penjaranya di New York, dengan pihak berkuasa menyatakan kematiannya sebagai bunuh diri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








