BERITA SEMASA

Pelajar IPT Malaysia ditahan seludup 4 kg syabu ke Indonesia

JAKARTA – Seorang pelajar universiti berusia 21 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dipercayai cuba menyeludup masuk empat kilogram (kg) syabu dari Port Dickson, Malaysia ke negara itu.

Lapor laman berita Kumparan, suspek yang dikenali sebagai DO diberkas di Terminal Ketibaan Feri Antarabangsa Teluk Nibung, Tanjung Balai, Sumatera Utara, kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan, Sabtu lalu.

Ketua Pejabat Cukai dan Kastam Teluk Nibung berkata, penahanan lelaki berasal dari Medan Denai itu dilakukan selepas proses pemprofilan penumpang dan imbasan sinar-X mengesan objek mencurigakan di dalam beg pakaiannya.

Pemeriksaan fizikal terperinci kemudian menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar berisi kristal putih yang disembunyikan di dalam ruang khas pada dinding beg berkenaan.

“Ujian saringan menggunakan alat pengesan mengesahkan kristal putih ini adalah methamphetamine atau syabu dengan berat keseluruhan mencecah 4,000 gram,” katanya.

Suspek bersama barang kes termasuk telefon bimbit, tiket perjalanan dan pasport diserahkan kepada Polis Resor Tanjung Balai untuk siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button