BERITA SEMASA

Dr Akmal dipanggil ke IPD Dang Wangi malam ini

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada malam ini.

Akmal berkata, beliau menerima panggilan daripada pegawai penyiasat Bukit Aman yang memintanya hadir ke IPD tersebut pada jam 11 malam ini.

“Saya akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis dan jika ini harga yang perlu saya bayar untuk menjaga kehormatan negara ini, saya reda.

“Saya akan lawan habis-habisan,” katanya dalam satu hantaran video di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengarahkan sayap pemuda parti itu membuat laporan polis di seluruh negara terhadap ADUN Merlimau itu berhubung perhimpunan yang diketuainya di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu tindakan Dr Akmal itu didakwa menimbulkan ketegangan dan mengganggu ketenteraman awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button