BERITA SEMASA

Krisis Negeri Sembilan: DAP arahkan jentera siap sedia jika DUN dibubarkan

KUALA LUMPUR – DAP mengarahkan seluruh jentera parti untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pada masa sama pihaknya juga mengarahkan semua jentera bersiap sedia di Melaka dan Johor sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibubarkan dalam masa terdekat.

“DAP akan terus mendokong dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

“DAP tidak akan bersetuju dengan apa-apa cadangan pertukaran Menteri Besar pada ketika ini selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anthony, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah yang diadakan malam tadi.

Mengulas lanjut katanya, DAP sentiasa menghormati dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan dan menegaskan segala isu yang melibatkan institusi Raja dan Adat Pepatih perlu diselesaikan dengan penuh hormat dan tertib mengikut lunas Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri.

“DAP menjunjung kasih ke bawah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di atas titah tuanku supaya kerajaan negeri terus befungsi seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button