LUAR NEGARA

Itali hantar sebuah lagi kapal perang iringi flotila ke Gaza

ROM – Itali menghantar sebuah lagi kapal perang bagi mengiringi flotila antarabangsa yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan, Guido Crosetto di parlimen, hari ini, lapor The Straits Times.

“Kita telah menghantar sebuah kapal dan satu lagi sedang dalam perjalanan, bersedia untuk sebarang kemungkinan,” kata Crosetto dalam ucapan di Dewan Rendah Parlimen Itali.

Semalam, Itali mengumumkan penghantaran frigat Virginio Fasan bagi mengiringi flotilla berkenaan.

Keputusan itu turut disusuli oleh Sepanyol menerusi pengumuman Pardana Menteri, Pedro Sanchez.

Sementara itu, Reuters melaporkan kerajaan Itali menasihati flotilla antarabangsa itu untuk memunggah barangan dibawa mereka di Cyprus.

“Barangan itu akan dikumpulkan oleh Latin Patriachate of Jerusalem yang kemudian akan menghantarnya ke Gaza.

“Cadangan ini sudah dipersetujui oleh kerajaan Cyprus, Israel dan Itali. Kita masih menunggu jawapan dari flotilla berkenaan,” kata Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button