LUAR NEGARA

Presiden Colombia arah tentera laut pintas, hentikan kapal hantar arang batu ke Israel

BOGOTA – Presiden Colombia, Gustavo Petro mengarahkan tentera laut negaranya supaya memintas dan menghentikan mana-mana kapal yang membawa bekalan arang batu ke Israel.

Langkah itu merupakan pendirian tegas kerajaannya untuk tidak menyumbang kepada jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, lapor Jerusalem Post.

Sementara itu, menurut agensi berita Wafa, Petro mengeluarkan arahan itu kelmarin, susulan laporan mengenai sebuah kapal sarat dengan arang batu yang berlepas dari Ciénaga menuju ke Israel, sehari sebelumnya.

Presiden mengecam penghantaran itu sebagai satu provokasi langsung dan pelanggaran terhadap keputusan Colombia pada Ogos 2024 yang melarang eksport arang batu ke Israel sebagai bantahan terhadap tindakan ketenteraan negara itu di Tebing Gaza.

“Kami tidak akan bersekongkol dalam kekejaman yang sedang berlaku,” tegas Petro, sambil menekankan bahawa pentadbirannya akan menguatkuasakan larangan eksport tersebut dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang pelanggaran.

Kenyataan Presiden itu adalah sebahagian daripada pendirian diplomatik Colombia dalam menentang tindakan rejim Israel di Gaza dan sejajar dengan gesaan global untuk keadilan serta akauntabiliti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button