BERITA SEMASA

Isu perobohan rumah ibadat perlu ditangani secara berhemah – MP Klang

KLANG – Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman menegaskan bahawa isu perobohan rumah ibadat merupakan perkara yang sangat sensitif dan perlu ditangani dengan penuh kebijaksanaan serta berhati-hati.

“Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, segala isu berkaitan agama, tanah atau perundangan wajar diselesaikan melalui saluran undang-undang dan perbincangan yang matang antara pihak berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, Malaysia dibina atas asas hormat-menghormati dan toleransi antara kaum serta agama, justeru sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham dan ketegangan perlu dielakkan.

“Keutamaan kita adalah memelihara keharmonian dan memastikan setiap perkara ditangani secara berhemah, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button