Isu rumah ibadat: Dr Ani ingatkan warga MPSepang tidak buat kenyataan sendiri
CYBERJAYA – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Dr Ani Ahmad mengingatkan semua Ahli Majlis, pengarah, pegawai serta kakitangan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awam secara sewenang-wenangnya berhubung isu rumah ibadat yang dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.
Menurutnya, perkara itu selaras dengan penegasan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mempengerusikan Mesyuarat EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebelum ini.
“Sebarang kenyataan media atau pemakluman awam yang ingin dikeluarkan hendaklah dirujuk kepada Pejabat Datuk Menteri Besar terlebih dahulu dengan mengambil kira naratif yang betul bagi mengelakkan sentimen dan persepsi oleh masyarakat,” katanya dalam perutusan sempena Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis MPSepang di sini, hari ini.
Dr Ani menegaskan bahawa MPSepang komited mencari penyelesaian yang adil serta menghormati kepelbagaian agama, namun tidak boleh berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang.
“Kita sedia maklum, Kerajaan Negeri meraikan semua jenis ajaran agama tanpa diskriminasi.
“Justeru, kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya sehingga boleh mengundang kontroversi,” tegasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








