BERITA SEMASADALAM NEGERI

Operasi penjaja tanpa lesen MPSepang, lapan disita empat dikompaun

SEPANG – Sebanyak lapan tindakan sitaan dan empat notis kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen di Desa Sentosa, Teras Jernang kelmarin.

Menurut kenyataan MPSepang, operasi yang dijalankan Unit Penjaja Zon Tengah itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan aktiviti penjajaan tanpa lesen serta halangan barangan niaga yang diletakkan di kawasan awam tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Operasi Penjaja MPSepang
Beberapa anggota penguatkuasa menyita barangan penjaja yang beroperasi tanpa lesen.

“Tindakan sitaan dan kompaun dilaksanakan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan barangan berkaitan perniagaan di tempat awam,” jelas kenyataan itu.

MP Sepang turut menasihatkan semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dengan mendapatkan lesen sah serta memohon permit berkaitan sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

“Pematuhan ini penting bagi memastikan persekitaran kawasan perniagaan yang selamat, teratur dan bersih selain mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan di masa hadapan,” tambah kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button