JENAYAH & MAHKAMAH

Polis terima 3 laporan patung rumah ibadat di Bukit Tinggi dirosakkan

BENTONG – Polis menerima tiga laporan mengenai dakwaan struktur patung sebuah rumah ibadat bukan Islam dirosakkan di Bukit Tinggi, di sini semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, laporan itu dibuat seorang pengawal keselamatan berusia 49 tahun, seorang sami berusia 45 tahun dan lelaki tempatan berumur 41 tahun pada pukul 1.51 pagi, 2.32 pagi serta 4.35 petang semalam.

“Pihak polis telah meninjau lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan kuil serta tiada saksi bebas yang melihat kejadian tersebut berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihaknya memandang serius kejadian itu dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengenal pasti punca dan pihak terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat, khususnya melalui media sosial, yang boleh menjejaskan siasatan atau menimbulkan kegusaran awam.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini hendaklah disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button