BERITA SEMASA

136 rumah ibadat bukan Islam tiada kelulusan pelan bangunan – EXCO Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang mengenal pasti sebanyak 136 rumah ibadat bukan Islam (RIBI) tidak mempunyai kelulusan Pelan Bangunan setakat Januari 2026.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 115 daripadanya berada di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) manakala 21 lagi di bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurutnya, kesemua kes RIBI tanpa kelulusan itu akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan RIBI Pulau Pinang bagi tujuan penyelarasan keputusan serta tindakan lanjut.

“Bagi struktur RIBI sedia ada yang dibina tanpa kelulusan, kerajaan negeri mengamalkan pendekatan toleransi melalui proses pemutihan, penempatan semula atau penyediaan tapak alternatif yang bersesuaian.

“Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan penyelesaian lebih mampan dan mengelakkan isu sama berulang pada masa hadapan,” katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15, di sini hari ini.

Siew Khim (DAP-Sungai Pinang) berkata demikian bagi menjawab soalan lisan K Kumaran (DAP-Bagan Dalam) mengenai pendirian serta langkah kerajaan negeri dalam menangani isu rumah ibadat tanpa izin di Pulau Pinang.

Tambah beliau, tempoh dan kaedah penyelesaian setiap kes adalah tertakluk kepada merit kes masing-masing termasuk kesesuaian tapak dan hasil rundingan dengan pihak berkepentingan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button