Program IKON Prihatin 2026 perkukuh budaya prihatin dalam komuniti
KAJANG – Program IKON Prihatin 2026 menjadi platform memperkukuh nilai keprihatinan, kebersamaan dan pembangunan sahsiah dalam kalangan peserta menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.
Program berkenaan melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutup Program Ikon Prihatin 2026 yang berlangsung di Penjara Wanita Kajang, di sini semalam.

Jabatan Penjara Malaysia menerusi hantaran di Facebook berkongsi, majlis itu disempurnakan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia, Mohamad Rosidek Musa.
“Ia diikuti gimik simbolik hasil Program IKON Prihatin 2026 serta penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada para peserta dan fasilitator,” katanya.
Majlis itu turut dihadiri Presiden Kelab Wanita IKON Malaysia, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed; Pengarah Bahagian Korektif, Nora Musa; Timbalan Pengarah Bahagian Korektif, Abd Rauf Lang Pasif serta Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang, Mona Azura Ismail.
Sepanjang program, Wanita IKON Wilayah Persekutuan 2026/2027, Che’ Puan Intan Safinaz berkongsi aktiviti ‘Care with Dignity’ manakala Wanita IKON Muda 2026/2027, Najah Syahirah mengetengahkan ‘Dapur Harapan’.
Selain itu, Wanita IKON Inspirasi 2026/2027, Cordelia Lee berkongsi aktiviti ‘Jahitan Kasih’.
“Program Ikon Prihatin 2026 menjadi platform dalam menyemarakkan budaya prihatin, memperkukuh semangat kebersamaan serta membina hubungan yang lebih erat dalam usaha melahirkan komuniti yang saling menyokong dan mengambil berat antara satu sama lain,” kata Jabatan Penjara Malaysia lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


