BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAHLUAR NEGARA

ICC tolak rayuan Israel batal waran tangkap Netanyahu, Gallant

THE HAGUE – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak rayuan Israel untuk membatalkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, berhubung dakwaan jenayah perang di Gaza.

Keputusan yang diumumkan semalam itu sekali gus mengekalkan waran tangkap dikeluarkan pada November lalu selepas ICC mendapati terdapat alasan munasabah untuk mempercayai kedua-dua pemimpin Israel berkenaan memikul tanggungjawab jenayah atas tindakan mereka di Gaza.

Selain itu, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga pemimpin tertinggi Hamas, namun ia digugurkan selepas kematian mereka.

Waran tangkap berkenaan mencetuskan kemarahan di Israel dan Amerika Syarikat (AS), dengan beberapa pegawai kanan ICC dikenakan sekatan oleh Washington.

Netanyahu sebelum ini menyifatkan keputusan itu sebagai antisemitik, manakala Presiden AS ketika itu, Joe Biden, mengecamnya sebagai tidak masuk akal.

Pada Mei lalu, Israel memohon supaya waran tangkap itu dibatalkan sementara menunggu keputusan cabaran berasingan berkaitan bidang kuasa ICC.

Walau bagaiamanapun, mahkamah pada 16 Julai menolak permohonan tersebut selepas mendapati tiada asas undang-undang untuk berbuat demikian.

Seminggu kemudian, Israel mengemukakan rayuan baharu, namun hakim memutuskan bahawa isu dibangkitkan bukan perkara yang boleh dirayu.

“Oleh itu, mahkamah menolak permohonan itu,” jelas ICC dalam keputusan setebal 13 muka surat seperti dilaporkan AFP.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button