Guru tuisyen maut jatuh dari tingkat 17 kondominium
KAJANG – Seorang guru tuisyen wanita maut selepas terjatuh dari beranda tingkat 17 sebuah kondominium di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima satu laporan pada pukul 3.06 petang berhubung kejadian membabitkan wanita berusia 24 tahun itu.
“Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan pelbagai akibat jatuh dari tempat tinggi.
“Bagaimanapun tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menambah, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Raqib Abu Bakar di talian 0178806636 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








