Warga emas maut ditikam anak kandung
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai ditikam oleh anak kandungnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras awal pagi Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.01 pagi.
“Mangsa berusia 62 tahun ditemui terlentang di ruang tamu kediaman dengan kesan tikaman pada badan.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan awal membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan anak kandung mangsa.
“Suspek kini direman tujuh hari bermula 13 hingga 19 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian,” ujarnya lagi.
Ridzuan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau tampil ke balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








