Gangguan sistem jejas perkhidmatan penerbangan di Itali
ROM – Perkhidmatan penerbangan di seluruh Itali hari ini terjejas akibat gangguan penghantaran data bagi kawalan trafik udara.
Laporan AFP menyebut, gangguan yang menyebabkan kelewatan dan pembatalan penerbangan itu berlaku selepas anomali dikesan pada rangkaian yang menyokong perkhidmatan berkenaan.
Menurut agensi navigasi udara Itali, ENAV, punca gangguan telah dikenal pasti dan menolak kemungkinan insiden itu berpunca daripada perbuatan berniat jahat.
Menurut ENAV, anomali dikesan pada rangkaian penghantaran data pada waktu malam, sekali gus mendorong pelaksanaan langkah kawalan aliran trafik udara mulai pukul 6 pagi tadi (waktu tempatan) bagi memastikan keselamatan operasi.
Langkah itu menyebabkan kapasiti pengurusan pesawat di ruang udara Itali dikurangkan buat sementara waktu.
Gangguan berkenaan turut mengakibatkan beberapa penerbangan di Milan mengalami kelewatan antara 30 minit hingga lebih dua jam, manakala sebahagian penerbangan lain dibatalkan.
ENAV berkata pihaknya sedang berusaha mengenal pasti punca gangguan dan memulihkan sistem kepada fungsi sepenuhnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








