BERITA SEMASALUAR NEGARA

Letusan Gunung Lewotobi, amaran penerbangan naik tahap merah

NUSA TENGGARA TIMUR – Pihak berkuasa Indonesia menaikkan Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan (VONA) ke tahap merah, susulan beberapa letusan Gunung Lewotobi di wilayah ini, semalam.

Letusan terkuat direkodkan pada jam 2.05 petang waktu tempatan, dengan kepulan abu tebal setinggi 6,000 meter dimuntahkan ke udara, sekali gus menjejaskan keselamatan ruang udara berhampiran.

Pihak berkuasa keluarkan amaran tahap tertinggi, kepulan abu sehingga 6 km ke udara

 

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi dalam kenyataan memaklumkan, amaran tertinggi itu dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang penerbangan merentasi zon berisiko tinggi.

Syarikat penerbangan turut diminta berwaspada terhadap gangguan akibat abu gunung berapi.

“Bagi menjamin keselamatan penduduk, zon larangan sejauh enam kilometer dari kawah gunung diwartakan, larang sebarang aktiviti pelancongan dan kemasukan orang awam,” menurut agensi itu.

Penduduk di sekitar lereng gunung turut diberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya lahar, iaitu aliran lumpur gunung berapi yang boleh tercetus akibat hujan lebat membawa serpihan dari puncak gunung ke sungai berdekatan.

Penduduk di sekitar lereng gunung turut diberi amaran kemungkinan berlakunya lahar dan hujan asid.

Orang ramai yang terjejas dengan hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengelak gangguan pernafasan disebabkan partikel halus di udara.

Gunung Lewotobi yang berketinggian 1,584 meter adalah antara 127 gunung berapi aktif di Indonesia, negara yang terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik dan kerap berdepan aktiviti seismik.

📍 Fakta Ringkas Gunung Lewotobi

  • Lokasi: Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur

  • Ketinggian: 1,584 meter

  • Jenis Gunung Berapi: Stratovolkano

  • Kompleks Gunung Berapi: Lewotobi Laki-laki & Lewotobi Perempuan

  • Status Aktiviti: Aktif (1 daripada 127 di Indonesia)

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button