BERITA SEMASA

Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan

KUALA LUMPUR – Batik Air mengumumkan pembatalan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India bermula semalam hingga hari ini, susulan ketegangan antara dua negara tersebut.

Menerusi satu kenyataan, Batik Air memaklumkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal mereka, kekal menjadi keutamaan paling tinggi.

“Batik Air memantau situasi dengan teliti dengan koordinasi bersama pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kemas kini sebaik sahaja maklumat baharu diterima. Kami memohon maaf atas kesulitan dan menghargai pemahaman anda,” katanya semalam.

Ketegangan antara dua negara berjiran itu meningkat sejak bulan lepas dan bertambah awal Rabu, dengan kedua-dua pihak dilaporkan melancarkan serangan udara rentas sempadan.

Tentera India dan Pakistan juga dilaporkan berbalas tembakan di sepanjang Garis Kawalan yang membahagikan wilayah Kashmir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button