BERITA SEMASA

Laluan Batik Air KL- Batam dilancarkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mensasarkan jumlah pelancong dari Indonesia ke negara ini meningkat kepada 3.6 juta setahun melalui pelancaran laluan penerbangan Batik Air, Kuala Lumpur – Batam.

Penerbangan tiga kali seminggu selama 1 jam 10 minit itu telah mula beroperasi pada 16 Februari lalu.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, laluan udara tersebut bakal membuka laluan pelancongan dari destinasi popular itu ke Malaysia sekaligus menjadi hab transit kepada pelancong kedua-dua negara.

“Laluan ini bertepatan dengan usaha Tourism Malaysia mempromosikan pakej Pelancongan Mesra Muslim kepada pelancong Indonesia.

“Kita turut melihat potensi laluan ini menjadi transit kepada jemaah Indonesia untuk ke Tanah Suci.

“Ini usaha yang baik dan kita perlu menggunakan peluang ini sebaiknya”, katanya ketika menyambut ketibaan pelancong dari Batam di KLIA, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Pikri Ilham Kurniansyah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button