BERITA SEMASALUAR NEGARA

Malaysia gesa Pakistan, Afghanistan pilih jalan diplomasi

PUTRAJAYA – Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan Pakistan dan Afghanistan sambil menyeru kedua-dua negara itu mengutamakan penyelesaian secara aman menerusi saluran diplomatik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund lewat malam tadi bagi menyampaikan pendirian Malaysia terhadap perkembangan tersebut.

“Saya menegaskan keperluan mencari jalan damai melalui diplomasi dan dialog bagi mengelak berlakunya konflik berpanjangan yang hanya membawa penderitaan kepada rakyat serta menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau ini,” katanya.

Dalam perbualan berasingan itu, Anwar turut menyampaikan rasa simpati mendalam terhadap musibah banjir yang melanda Pakistan dan bencana gempa bumi yang menggegarkan timur Afghanistan baru-baru ini.

Beliau menegaskan, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Pakistan dan Afghanistan serta bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan dan memperkukuh semangat persaudaraan Islam.

“Malaysia juga menyokong segala usaha ke arah keamanan serantau, termasuk rundingan damai yang sedang dijalankan di bawah kelolaan Kerajaan Qatar,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button