PM sambut baik hasrat JD.com kembangkan operasi ke Malaysia
BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan syarikat e-dagang dan logistik terkemuka China, JD.com pada hari ketiga lawatan kerja beliau ke negara itu.
Dalam pertemuan tersebut, JD.com menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi di Malaysia, khususnya dalam bidang logistik.
Anwar menyambut baik cadangan itu dengan menyifatkan kedudukan strategik Malaysia mampu muncul sebagai hab logistik serantau, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

Turut hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, dan Menteri MITI Datuk Seri Tengku Zafrul.
9 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.
“Pada masa sama, JD.com juga berhasrat membeli lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di China,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Selain itu, Anwar turut bertemu wakil China Semiconductor Industry Association (CSIA), badan induk yang menaungi lebih 1,400 syarikat semikonduktor China.

semasa mesyuarat bersama China Semiconductor Industry Association (CSIA) di China.
Turut hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, dan Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul.
2 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.
Dalam pertemuan berkenaan, beliau menegaskan komitmen Malaysia untuk muncul sebagai pemain utama industri semikonduktor global sebagaimana digariskan melalui Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
“Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Kerajaan MADANI akan terus menarik pelaburan berkualiti, meneroka peluang baharu dan membangunkan sektor strategik demi kemakmuran rakyat serta masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” katanya lagi.
Lawatan kerja Anwar ke China itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan ekonomi Kuala Lumpur-Beijing, selain membuka ruang kerjasama baharu dalam sektor berimpak tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








