LUAR NEGARA

Dua maut, lapan parah dalam insiden tembakan di Universiti Brown

RHODE ISLAND – Satu insiden tembakan yang berlaku di Universiti Brown dalam daerah Providence di sini petang semalam (waktu tempatan) mengorbankan dua individu manakala lapan lagi dilaporkan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

Datuk Bandar Providence, Brett Smiley mengesahkan jumlah mangsa dan berkata siasatan mengenai insiden sedang giat dijalankan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat dua individu yang meninggal dunia dan terdapat lapan lagi dalam status kritikal,” kata Smiley pada satu sidang media.

Sementara itu dalam satu hantaran di platform X, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Saya telah dimaklumkan mengenai insiden tembakan yang berlaku di Universiti Brown, Rhode Island.

“FBI berada di lokasi kejadian. Suspek telah ditahan. Semoga Tuhan memberkati mangsa-mangsa serta keluarga mereka,” tulis Trump.

Kejadian berlaku di bangunan Barus & Holley yang menempatkan Fakulti Kejuruteraan dan beberapa makmal fizik pada waktu tengah hari ketika peperiksaan akhir berlangsung di kampus tersebut.

Ia menyebabkan suasana panik apabila pelajar dan kakitangan diarahkan berkurung.

Beberapa portal antarabangsa melaporkan bahawa tembakan berlaku pada pukul 4.05 petang waktu tempatan dengan notifikasi ‘active shooter’ dikeluarkan kepada komuniti kampus.

Universiti pula menutup akses kampus dan menyediakan sokongan kecemasan kepada mangsa serta keluarga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button