AGAMABERITA SEMASA

JAKIM boleh tarik balik pengiktirafan badan sijil halal AS jika langgar standard

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhak menarik balik pengiktirafan kepada dua badan pensijilan halal di Amerika Syarikat (AS) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap mana-mana standard dan protokol halal negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, kedua-dua badan itu diberikan pengiktirafan berdasarkan pematuhan mereka terhadap standard dan protokol halal Malaysia sedia ada.

“Apabila audit yang dijalankan oleh JAKIM kepada dua badan pensijilan ini, kalau berlaku sebarang pelanggaran JAKIM boleh tarik balik pengiktirafan kepada badan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Baca juga : Saman RM10 juta: Pemilik akaun Facebook mohon maaf kepada Menteri Agama

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, JAKIM tidak akan berkompromi dalam memastikan pematuhan terhadap standard halal produk yang terlibat di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan AS.

Menurutnya, Perkara 2.5 ART memperincikan bahawa semua badan pensijilan halal luar negara, termasuk dari AS, tetap tertakluk sepenuhnya kepada prosedur syariah dan piawaian halal Malaysia.

“Perjanjian itu hanya memperuntukkan penggunaan logo halal daripada badan yang diiktiraf JAKIM bagi tujuan pentadbiran dan kelancaran proses kelulusan. Namun, segala urusan pengauditan, pemantauan dan pengesahan akhir masih berada sepenuhnya di bawah kawalan Jakim,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button