BERITA SEMASALUAR NEGARA

Larangan pelajar asing: Harvard ambil tindakan undang-undang

WASHINGTON – Universiti Harvard memfailkan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, susulan keputusan kerajaan persekutuan yang melarang kemasukan pelajar antarabangsa ke negara itu.

Menurut tuntutan yang difailkan di mahkamah persekutuan, institusi itu diberikan akreditasi oleh kerajaan Amerika Syarikat selama lebih 70 tahun bagi menerima pelajar antarabangsa melalui visa pelajar F-1.

“Kerajaan secara mengejut membatalkan pensijilan tersebut tanpa sebarang proses sewajarnya atau asas undang-undang yang jelas, menyebabkan kesan serta-merta dan signifikan terhadap Universiti Harvard serta lebih 7,000 pelajar yang memegang visa berkaitan.

“Tindakan tersebut merupakan pelanggaran yang nyata terhadap Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat, Klausa Proses Sewajarnya, serta Akta Prosedur Pentadbiran (Administrative Procedure Act, APA),” katanya menurut dalam dokumen aduan.

Menurut pihak plaintif, pelajar antarabangsa merangkumi kira-kira satu perempat daripada jumlah keseluruhan pelajar universiti dan memainkan peranan penting dalam menyokong aspirasi akademik serta kecemerlangan penyelidikan institusi itu di peringkat global.

“Universiti Harvard dengan penuh hormat memohon agar mahkamah mengisytiharkan bahawa tindakan defendan membatalkan pensijilan SEVP melalui Notis Pembatalan adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan serta undang-undang pentadbiran sedia ada, khususnya Pindaan Pertama, Klausa Proses Sewajarnya dan APA,” jelas universiti itu dalam dokumen berkenaan.

Langkah pentadbiran Trump itu menerima kecaman daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh Amerika Syarikat yang menyuarakan kebimbangan terhadap impak jangka panjang dasar tersebut terhadap akses pendidikan, reputasi antarabangsa dan daya saing akademik negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button