BERITA SEMASA

Operasi Asia Barat: 3 anggota tentera AS disahkan maut

FLORIDA – Tiga anggota tentera Amerika Syarikat maut manakala lima lagi cedera parah dalam Operasi Epic Fury di Asia Barat. 

Menurut US Central Command dalam satu kenyataan, setakat pukul 9.30 waktu tempatan beberapa anggota lain turut mengalami kecederaan ringan akibat serpihan letupan serta gegaran otak dan kini sedang dalam proses untuk kembali bertugas.

“Operasi tempur utama masih diteruskan dan usaha tindak balas kami sedang berlangsung.

“Situasi masih berubah-ubah, justeru sebagai menghormati keluarga mangsa, maklumat lanjut termasuk identiti anggota yang terkorban akan ditangguhkan sehingga 24 jam selepas waris terdekat dimaklumkan,” katanya.

Terdahulu media Iran mengesahkan kapal perang US Abraham Lincoln dibedil empat peluru berpandu balistik milik Iran.

Pengesahan itu disiarkan media tempatan Iran pada Ahad dengan menegaskan ia sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel yang membunuh pemimpin tertinggi negara itu.

Pengawal terbabit juga memberi amaran bahawa darat dan laut akan semakin menjadi kubur kepada pengganas dan peceroboh negara berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button