SUKAN

Iran sapu bersih kategori regu, double

KUALA LUMPUR – Iran menyapu bersih kategori regu dan double divisyen 1 Piala Dunia Sepak Takraw selepas meleburkan Chinese Taipei dalam dua perlawanan akhir di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Pasukan Iran membuktikan pengalaman lebih berbanding sembilan pasukan divisyen 1 lain sekaligus memberi kelebihan dalam keseluruhan kejohanan ini.

Sementara itu pasukan Jerman dan pasukan Nepal berkongsi tempat ketiga acara double.

Nepal dan Bangladesh turut berkongsi tempat ketiga dalam acara regu.

Setiausaha agung Persatuan sepaktakraw Iran, Ali Fouladi berkata, kejayaan itu adalah untuk negaranya.

“Pendedahan melalui siri perlawanan persahabatan telah memberi impak dan keputusan yang kita dapat hari ini.

“Kami gembira dan berharap akan dapat bersaing dalam kumpulan premier pada Piala Dunia Sepak Takraw akan datang,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Alu Fauladi juga berkongsi berhasrat untuk mendapatkan khidmat kejurulatihan dari Malaysia dan akan diusulkan kepada kerajaan selepas pulang ke negaranya..

“Walaupun menjuarai divisyen 1 hari ini kami mengakui bahawa masih belum sampai ke tahap Malaysia dan Thailand. Kami berazam agar boleh setanding dengan dua negara ini dalam masa terdekat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button