Iran dakwa tembak friget AS
TEHRAN – Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang cuba melalui Selat Hormuz berpatah balik selepas didakwa ditembak dengan dua peluru berpandu anti-kapal oleh tentera laut Iran.
Laporan agensi berita Fars menyebut, insiden tersebut merupakan pelanggaran terhadap “keselamatan trafik dan perkapalan” berhampiran pulau Jask dalam wilayah Iran.
Terdahulu, markas operasi angkatan bersenjata Iran memberi amaran akan menyerang kapal pasukan bersenjata asing termasuk kapal AS sekiranya mereka memasuki Selat Hormuz.
Bagaimanapun, Markas Pemerintahan Tengah (CENTCOM) AS menafikan dakwaan kapalnya disasarkan tentera Iran ketika cuba melalui selat berkenaan.
CENTCOM dalam hantaran di X memaklumkan, “tiada kapal Tentera Laut AS yang telah diserang” dan armada lautnya akan terus menguatkuasakan sekatan terhadap pelabuhan Iran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








