BERITA SEMASALUAR NEGARA

Mojtaba Khamenei ikrar bela kematian bapanya

TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran yang baharu, Mojtaba Khamenei berikrar akan membalas kematian bapanya, Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada 28 Februari lalu yang mencetuskan perang.

Dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan sempena upacara pengebumian Ali Khamenei di Mashhad, Mojtaba menegaskan tindakan membalas dendam adalah tuntutan rakyat Iran dan akan dilaksanakan.

“Pembalasan adalah kehendak rakyat kami dan ia mesti dilaksanakan. Tidak lama lagi, rakyat bebas di seluruh dunia akan menunaikan sebahagian daripada misi suci ini,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan televisyen kerajaan Iran.

Beliau turut berikrar untuk membalas ‘darah suci’ bapanya serta semua individu yang terbunuh dalam dua konflik yang melanda negara itu.

“Kami berjanji akan membalas darah suci anda dan semua syuhada kedua-dua peperangan ini daripada pembunuh yang tidak bermaruah,” katanya.

Mojtaba turut memberi amaran bahawa individu yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu tidak akan terlepas daripada hukuman.

Kenyataan Mojtaba itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan di Asia Barat ketika kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan balas Iran terus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button