LUAR NEGARA

AS kerah 2,000 anggota Marin ke Asia Barat

OKINAWA – Anggota Kor Marin Amerika Syarikat (AS) daripada 31st Marine Expeditionary Unit (MEU) yang berpangkalan di sini, mula dikerah ke Asia Barat ketika serangan AS terhadap Iran memasuki minggu ketiga.

Laporan Naval News menyebut, sekurang-kurangnya 2,000 anggota tersebut bersama peralatan berada di atas kapal USS Tripoli (LHA-7) dan USS New Orleans (LPD-18).

Arahan untuk Kumpulan Kesiapsiagaan Amfibia (ARG) USS Tripoli dikerah ke Asia Barat kali pertama dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang memetik pegawai Pentagon yang tidak dinamakan.

Buat masa ini, ARG Tripoli terdiri daripada kapal penjelajah peluru berpandu berpandu kelas Ticonderoga, USS Robert Smalls (CG-62) dan kapal pemusnah peluru berpandu berpandu kelas Arleigh Burke, USS Rafael Peralta (DDG-115), bersama USS Tripoli dan USS New Orleans.

Pengerahan ARG Tripoli ini merupakan aset paling besar setakat ini dipindahkan keluar daripada inventori United States Indo-Pacific Command (INDOPACOM).

Sebagai rekod, ARG Tripoli ditempatkan di kawasan tanggungjawab Armada Laut Ke-7 AS di Jepun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button