BERITA SEMASALUAR NEGARA

Putin-Iran adakan pertemuan ketika krisis memuncak

MOSCOW – Kremlin hari ini mengesahkan pertemuan antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Menteri Luar Iran ketika ketegangan semakin memuncak susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear Iran.

Laporan Al-Jazeera memetik pandangan beberapa penganalisis yang percaya Iran kini sedang mencari jalan kompromi dengan Presiden AS, Donald Trump dan melihat Putin sebagai individu paling layak untuk menjadi orang tengah dalam rundingan tersebut.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kremlin berhubung tindakan AS itu, Kementerian Luar Negeri Rusia menyuarakan kecaman keras terhadap serangan berkenaan yang disifatkan sebagai provokatif dan tidak membantu menyelesaikan krisis.

Putin sebelum ini menegaskan Rusia tidak akan terlibat dalam konflik secara ketenteraan, memandangkan keutamaan negara itu kini tertumpu kepada operasi di Ukraine.

Menurut beliau, konflik di Timur Tengah ini tidak akan menemui jalan penyelesaian melalui kekerasan atau ketenteraan.

Rusia sememangnya telah menunjukkan sokongan terhadap Iran sejak permulaan krisis, namun dalam masa yang sama mengambil pendekatan berhati-hati.

Baca juga : Iran dakwa serang puluhan sasaran Israel

Ini kerana lebih 1.5 juta penduduk berbahasa Rusia dari bekas Kesatuan Soviet menetap di wilayah yang kini berada di bawah jajahan Israel.

Putin juga sebelum ini pernah menyifatkan Israel sebagai sebuah “negara hampir berbahasa Rusia”, menggambarkan betapa kompleksnya hubungan geopolitik rantau tersebut.

Sementara itu, bekas Presiden Rusia yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev, tampil mengkritik tindakan Washington dengan menyifatkan serangan AS tidak memberi kesan besar.

Beliau turut menyelar Trump yang pernah dianggap sebagai pengantara damai, namun kini menjadi pencetus kepada satu lagi siri peperangan bagi pihak AS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button